Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

laman web ini dibangunkan oleh ustaz md zuki bin hashim , IPSAH< Sungai Petani, Kedah, Malaysia

BAHAGIAN AQIDAH
TINGKATAN LIMA

IMAN MUTIARA HIDUP

Objektif

1. Menerangkan maksud iman.
2. Menghuraikan maksud iman boleh bertambah dan berkurang.
3. Menghuraikan cirri-ciri orang yang bertambah imannya.
4. Merumuskan cirri-ciri orang yang memperolehi kemanisan iman.

Maksud iman.

1. Dari segi bahasa bermaksud mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.
2. Dari segi istilah pula bermaksud mengakui dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkan dengan anggota semua rukun iman dan rukun islam.

Maksud iman boleh bertambah dan berkurang.

1. Mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah, iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
2. Iman bertambah apabila seseorng taat kepada perintah Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya.
3. Iman seseorang akan berkurang apabila seseorang itu melakukan maksiat kepada Allah/ mendurhakai Allah/ mengingkari perintah Allah/ melakukan larangan Allah/ meninggalkan suruhan Allah.

Ciri-ciri orang yang bertambah imannya/ Ciri-ciri golongan yang mempunyai iman yang kuat:

1. Mengenali Allah dan Rasulnya/ Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai Allah dan Rasul-Nya.
2. Banyak melakukan ibadat sunat/ Sering melakukan qiamullail
3. Istiqamah membaca al-Quran/ Mengkaji maksud Al-Quran/ Menghayati ajaran Al-Quran/ Menghafaz ayat-ayat al-Quran/ Bertadarus Al-Quran.
4. Melazimi zikir kepada Allah/ Sentiasa berfikir mengenai keagongan Allah.
5. Sentiasa bertawakal kepada Allah dalam semua usaha yang dilakukan.
6. Berterusan melakukan kebajikan/ banyak bersedekah/ sentiasa melakukan amar makruf dan nahi munkar
7. Sabar menghadapi ujian Allah/ Tenang menghadapi dugaan
8. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang boleh meningkat iman kepada Allah/ mendampingi para ulamak
9. Komited melakukan ibadat fardhu/ Sentiasa menunaikan solat

Ciri-ciri orang yang memperolehi kemanisan iman/ Cara memperolehi kepamanisan iman:

1. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya/ Menguatamakan Allah dan Rasul-Nya melebih harta benda dunia.
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah/ Membantu sesame manusia dengan ikhlas/ Menziarahi saudara seagama kerana Allah. 3. Benci kepada kekufuran/ Bencikan maksiat.
4. Benci dicampakan ke dalam Neraka/ Takut kepada azab Neraka Allah/ Gerun dengan kemurkaan Allah.
5. Sanggup menanggung kesusahan untuk mendapatkan keredhaan Allah
6. Merasa gembira ketika melakukan ibadat kepada Allah/ Sentiasa membuat penambahbaikan dalam melakukan ibadat kepada Allah

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Objektif

1. Menerangkan maksud Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
2. Menerangkan latarbelakang Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
3. Menghuraikan prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
4. Menghurai pandangan Ahli Sunnah wal Jama’ah terhadap beberapa isu.
5. Menerangkankan latarbelakang mazhab Khawarij.
6. Menghuraikan prinsip aqidah mazhab Khawarij.
7. Menerangkan latarbelakang mazhab Syiah.
8. Menghuraikan prinsip-prinsip aqidah beberapa mazhab Syiah.
9. Menerangkan maksud beberapa istilah penting ilmu aqidah.
10. Menjelaskan kepentingan berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.


Maksud Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud golongan yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Sunnah
serta perkara-perkara yang dibawa oleh para sahabat dan menentang bida’ah.
2. Golongan ini juga digelar sebagai Al-Salafu Al-Soleh/ Ahli Al-Sunnah/ Ahli Al-Hadith/ Al-Jma’ah.

Latarbelakang Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Nama Ahli Al-Sunnah Wal-Jama’ah dimasyhurkan dengan rasminya oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari pada tahun 330H.
2. Gelaran ini juga dimasyhurkan oleh Abu Mansur Al-Maturidi pada taahun 333H.

Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan al-Sunnah.
2. Berpegang dengan prinsip al-Salafu al-Soleh.
3. Merujuk kepada al-quran dan al-Sunnah apabila berselisih pendapat dalam sesuatu perkara.
4. Tidak mencela atau mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka.
5. Menghukum hanya jika terdapat bukti yang sah.

Pandangan Ahli Sunnah wal Jama’ah terhadap beberapa isu.
ISU PANDANGAN

ISU
PANDANGAN
Al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim/ Al-Quran bukan makhluk/ Al-Quran bukan baharu/
Melihat Allah
Mukmin boleh melihat Allah di Syurga kelak/ Allah boleh dilihat di Akhirat kelak.
Pelaku dosa besar
Masih mukmin kerana masih ada iman/ Dikiran fasiq kerana melakukan dosa.
Iman bertambah dan berkurang
Iman boleh bertambah dan berkurang/ Iman boleh bertambah apabila taat perintah Allah dan berkurang apabila melakukan maksiat kepada-Nya
Qadar dan Qadha
Segala yang berlaku ( Qadha ) telah ditetapkan ( Qadar ) sejak azali/ Segala yang berlaku telah ditentukan dengan kebijaksanaan Allah/ Allah berkuasa mengatur semua kejaadian di ala mini/ Semua perkara baik dan buruk adalah ketentuan Allah.


Latarbelakang mazhab Khawarij.

1. Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah Bin Abi Sufian.
2. Mereka menolak perundingan Majlis Tahkim antara Saidina Ali dan Muawiyah untuk menentukan siapa yang layak menjadi khalifah umat Islam.
3. Belot daripada penyokong Saidina Ali kerana memprotes kesediaan Saidina Ali menerima keputusan Majlis Tahkim.


Prinsip-prinsip aqidah mazhab Khawarij.

1. Beriktikad pelaku dosa besar adalah kafir/ Mengkafirkan pelaku dosa besar.
2. Mengkafirkan golongan yang berbeza iktikad dengan mereka/ Menghalalkan darah golongan yang berbeza iktikad
dengan mereka.
3. Membataskan sumber Syariat kepada Al-Quran sahaja.


Latarbelakang mazhab Syiah.

1. Golongan yang bercita-cita menjadikan Saidina Ali sebagai Khalifah.
2. Golongan penyokong Saidina Ali untuk menerima keputusan perundingan Majlis Tahkim antara Saidina Ali
dengan Muawiyah.
3. Berikut adalah contoh mazhab Syiah:

1. Syiah Imamiah
Dinamakan demikian kerana beriktikad bahawa jawatan pemimpin (imam) umat Islam hanya layak untuk Ahlil Bait sahaja.
Dikenali juga dengan nama Syiah Ithna Asyariyah.

2. Syiah Batiniyah
Dinamakan demikian kerana beriktikad bahawa al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin/ beriktikad bahawa hanya imam mereka sahaja yang memahami makna batin al-Quran. Kumpulan ini paling radikal dan sesat.

3. Syiah Zaidiyah
Dinamakan demikan sempena nama pengasasnya iaitu Zaid Bin Ali zainal Abidin/ Diasaskan oleh cicit kepada Saidina Ali.

Prinsip-prinsip aqidah beberapa mazhab Syiah yang berbeza dengan pandangan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah:

1. Syiah Imamiah


ISU
IKTIKAD/PANDANGAN
Jawatan imam
Adalah anugerah Allah seperti kenabian/
Imam-imam mereka adalah maksum, tetapi tidak diberikan wahyu/
Jawatan imam hanya layak untuk 12 imam dari kalangan Ahlil Bait mengikut urutan/
Setiap imam akan menamakan pengganti mereka/
Imam kedua belas iaitu Muhammad al-Mahdi al-Qaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam Mahdi
Sumber Syariat
Menolak semua hadith kecuali yang diriwayatkan oleh Ahlil Bait.
Amalan Taqiyah
Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berdepan dengan golongan yang tidak sealiran mereka.
Perkahwinan
Mengharuskan perkahwinan mut’ah/
Mengharuskan kahwin kontrak/
Mengharuskan nikah sementara waktu

2. Syiah Batiniyah

ISU
IKTIKAD/PANDANGAN
Imam
Beriktikad bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka yang lain adalah Tuhan. Beriktikad bahawa imam mereka, Muhammad al-Hanafiyah masih hidup
Kemungkaran
Menghalalkan beberapa kemungkaran/ Menghalalkan minum arak


3. Syiah Zaidiyah

ISU
IKTIKAD/PANDANGAN
Pelaku dosa besar
Berada di antara keimanan dan kekufuran.
Perbuatan manusia
Dilakukan oleh manusia sendiri/ Bukan dilakukan oleh Allah
Imam
Tidak maksum kecuali Saidina Ali, Fatimah, Hasan dan Husin sahaja/ Muhammad Al-Mahdi Al-Qaim Bilhujjah bukan Imam Mahdi
Amalan Taqiyah
Tidak menyembunyikan iktikad apabila berhadapan dengan golongan yang tidak sealiran/ Menolak amalan taqiyah

Rumusan perbezaan pandangan antara Ahli Sunnah dan Syiah

ISU
AHLI SUNNAH
SYIAH
Pelaku dosa besar
Masih mukmin/ dikira fasiq
Berada antara iman dan kufur
Kemungkaran
Mengharamkan minum arak
Menghalalkan minum arak/ Menghalalkan beberapa kemungkaran
Sumber Syariat
Al-Quran dan Al-Sunnah
Menolak semua hadith kecuali yang diriwayatkan oleh Ahlil Bait
Perkahwinan
Mengharamkan kahwin mut’ah
Mengharuskan kahwin mut’ah/ kahwin kontrak

Rumusan perbezaan pandangan antara Ahli Sunnah dan Khawarij

ISU
AHLI SUNNAH
KHAWARIJ
Pelaku dosa besar
Masih mukmin/ dikira fasiq
Kafir
Sumber Syariat
Al-Quran dan Al-Sunnah
Membataskan hanya kepada al_quran sahaja
Sikap bermusuh
Tidak mengkafirkan golongan tidak sealiran/ tidak mencela golongan berbeza iktikad
Menganggap golongan berbeza iktikad sebagai kafir/ Menghalalkan darah golongan berbeza iktikad

Maksud beberapa istilah penting ilmu aqidah.

ISTILAH
MAKSUD
Kafir
Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip aqidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadith
Musyrik
Orang menyengutukan Allah dengan sesuatu/ Menyamakan sesuatu dengan Allah dari segi zat, sifat dan perbuatan
Munafiq
Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran/ Orang yang pura-pura beriman sedangkan dia kafir
Fasiq
Orang tidak taat kepada Allah dan Rasul dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil
Murtad
Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad.
Mulhid
Orang yang tidak beragama

Kepentingan berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Membersihkan aqidah daripada kekeliruan/ Elak kekeliruan aqidah/ jauhi kesesatan/ Aqidah akan berteraskan sumber yang sahih/ Aqidah akan berteraskan sumber al-Quran dan al-Sunnah/ Pegangan kepada al-Quran dan dan al-Sunnah dijamin tidak akan sesat.
2. Aqidah yang betul akan menjadi asas penerimaan amalan oleh Allah/ Amalan akan diterima Allah.
3. Hidup sentiasa diredhai Allah/ hidup diberkati/hidup dirahmati


Akibat tidak berpegang teguh dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jama’ah

1. Terjerumus dengan kesesatan/ Terpesong pegangan aqidah
2. Dimurkai Allah/ hidup tidak diredhai Allah/ Tidak dirahmati/ Tidak diberkati oleh Allah


Langkah-langkah memelihara aqidah

1. Mempelajari asas aqidah yang berteraskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah/ Menuntut ilmu aqidah
2. Mendampingi guru yang muktabar/ belajar ilmu aqidah daripada guru yang diiktiraf
3. Berdoa untuk membina ketahanan aqidah/ Memohon petunjuk daripada Allah
4. Menjauhi golongan yang mengamalkan ajaran sesat
5. Menunaikan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya/ Patuh melaksanakan perintah Allah/ Sentiasa beribadat kepada Allah sama ada ibadat wajib ataupun sunat.

AJARAN SESAT

Objektif

1. Menerangkan maksud ajaran sesat.
2. Menghuraikan cirri-ciri ajaran sesat.
3. Menganalisis kesan buruk amalan ajaran sesat.
4. Menghuraikan langkah menangani ajaran sesat.
5. Menerangkan latarbelakang ajaran sesat Qadyani.
6. Menghuraikan ajaran sesat Qadyani.
7. Menerangkan latarbelakang ajaran sesat Bahai.
8. Menghuraikan ajaran sesat Bahai.
9. Menerangkan latarbelakang ajaran sesat Taslim.
10. Menghuraikan ajaran sesatTaslim.


Maksud ajaran sesat.
Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Ciri-ciri ajaran sesat.

1. Mencemarkan kesucian al-Quran dan Sunnah/ Memansuh/ Mengubah/ Mempertikai/ menyelewengkan tafsiran al-Quan dan Sunnah/ Beriktikad bahawa kitab Al-Bayan pegangan Bahai memansuhkan semua kitab Samawi
2. Mengubah prinsip asas aqidah Islam/ Membentuk agama baru yang menyatukan semua agama termasuk Islam/ Mendakwa semua agama adalah sama sahaja
3. Mendewa-dewakan pemimpin/ Menganggap pemimpin bersifat maksum/ Menganggap pemimpin sebagai nabi/ Menganggap pemimpin sebagai Al-Mahdi/ Menganggap pemimpin sebagai Tuhan atau jelmaan Tuhan.
4. Mengubah bentuk ibadat/ Mengurangkan bilangan hari puasa kepada 19 hari sahaja/ Mendakwa solat boleh dilakukan dengan niat sahaja.
5. Mengubah konsep dosa dan pahala/ Memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang tertentu
6. Mampu melakukan perkara-perkara pelik yang berkaitan dengan perkara ghaib/ Mendakwa boleh memanggil roh orang mati termasuk nabi, wali dan malaikat.
7. Mendewa-dewakan sesuatu selaain daripada Allah/ Mendewa-dewakan orang yang telah mati dalam doa atau jampi/ Mengamalkan ilmu hitam
8. Menolak hadith/ Anti hadith

Kesan buruk amalan ajaran sesat.


1. Individu
1. Rosak aqidah/ Iman terjejas
2. Merugikan masa/ Amalan menjadi sia-sia/
3. Minda tertutup/ Tidak rasional/ Emosional/ Terlalu ikut nafsu/ Fanatik
4. Kehidupan tidak stabil/ Mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga/ Tidak tenang/ Hidup tidak tenteram
5. Dibenci oleh masyarakat/ dihina/ dipulau/ disingkir/ dicerca/ putus silaturrahim
6. Dimurkai Allah/ berdosa/ dibenci oleh Allah/ Dilaknat/ Amalan tidak diterima oleh Allah/

2. Masyarakat

1. Institusi keluarga runtuh/ Putus silaturrahim
2. Merosakkan perpaduan/ masyarakat tidak aman/ tidak harmoni/ Masyarakat kucar kacir/ Mencetus permusuhan/ pergaduhan/ pertelingkahan/ perkelahian/ dendam mendendam/
3. Gejala keganasan berleluasa/

3. Negara

1. Mundur/ Menjejas kemajuan/ Menghalang pembangunan/ Ekonomi merosot
2. Tidak stabil/ Merosakkan perpaduan/ Politik tidak stabil/
3. Merugikan wang Negara untuk menangani gejala ini.

Langkah menangani ajaran sesat.

1. Menuntut ilmu Islam yang sebenar/ Mendampingi ulamak
2. Menyebarkan ajaran Islam secara meluas/ Siar ajaran Islam sebenar melalui media cetak dan elektronik/ Berdakwah/
3. Penguatkuasaan undang-undang lebih tegas/ Bekerjasama membanteras gejala ajaran sesat/ tangkap pengamal ajaran sesat/ Penjarakan/ Dakwa di mahkamah/ Kenakan hukuman yang setimpal
4. Mengadakan program pemulihan aqidah/ Wujudkan pusat pemulihan aqidah/ Musnahkan tempat ajaran sesat/ Beri nasihat/ Beri bimbingan dan kaunseling/ Suruh bertaubat/

Latarbelakang ajaran sesat Qadyani.

1. Diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad yang telah meninggal dunia pada tahun 1908M.
2. Dinamakan Qadyani sempena nama tempat lahir pengasasnya, Qadyan di daerah Gusdarpur, India.
3. Bermula pada tahun 1889M.
4. Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadek Bin Barakatullah pada tahun 1949M.

Ciri-ciri ajaran sesat Qadyani.

1. Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad ialah Al-Mahdi/ Mirza sebagai Nabi/ Mirza sebagai jelmaan Krishna ( Tuhan Hindu ).
2. Beriktikad bahawa Mirza telah menerima kitab Al-Tazkirah daripada Allah.
3. Beriktikad baha Mirza mempunyai sejuta jenis mukjizat.
4. Menolak jihad/
5. Mengubah beberapa ayat al-Quran/ Ubah ayat 6 Surah al-Saf/ Ubah ayat 52 surah Al-Hajj/ Ubah ayat pertama surah al-Qadar
6. Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah
7. Mengisytiharkan Qadyan sebagai tanah suci untuk mengerjakan haji
8. Mendakwa Nabi Isa telah mati dan dikebumikan di Serinagar, India
9. Mengkafirkan bukan penganut Qadyani.

Menerangkan latarbelakang ajaran sesat Bahai.

1. Diasaskan oleh Husin Ali Al-Manzadarani yang meninggal dunia pada tahun 1309H/1982M.
2. Dinamakan demikian sempena gelaran pengasasnya iaitu Bahaullah.
3. Ia merupakan kelansungan ajaran al-Babiyah/ lanjutan ajaran yang diasaskan oleh Ali Muhammad al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1277H/1850M.
4. Berkembang di Iran mulai tahun 1847M.
5. Disebarkan di Malaysia pada tahun 1953M/ Dikembangkan di Malaysia oleh Yan Kee Leong.

Ciri-ciri ajaran sesat Bahai.

1. Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah.
2. Beriktikad bahawa agama Bahai adalah gabungan semua agama/ Beriktikad bahawa semua agama adalah sama
3. Beriktikad bahawa alam ini bersifat kekal ( baka’)
4. Beriktikad bahawa Nabi Isa telah mati disalib.
5. Mengagungkan Kod 19/ Menyebabkan al-Quran dipengaruhi Kod 19
6. Menolak mewujudan mukjizat/ Menolak mewujudan malaikat/ Menolak mewujudan Syurga dan Neraka
7. Memansuhkan agama Islam
8. Acre di Palestin dijadikan qiblat baru.
9. Mengubah bentuk ibadat/ Mengubah puasa kepada 19 hari sahaja/ Mengubah solat kepada 9 rakaat 3 kali sehari/ Berwudhuk dengan air mawar/ Menggantikan wudhuk dengan bacaan bismillah al-athar sebanyak lima kali.
10. Menghapuskan jihad

Menerangkan latarbelakang ajaran sesat Taslim.

1. Diasaskan oleh Haji Muhammad Bin Syafie/ Diasaskan oleh Haji Muhammad Matahari/ Diasaskan pada tahun 1870M
2. Berkembang di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang
3. Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Isma’iliyah Batiniyah.

Ciri-ciri ajaran sesatTaslim.

1. Beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah/ Beriktikad bahawa diri zahir manusia ialah Nur Muhammad.
2. Beriktikad bahawa alam bersifat qadim.
3. Mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu.
4. Mengharuskan nikah batin/ mengharuskan perzinaan dengan nikah batin
5. Menolak kewujudan Hari Qiamat/ Menolak kewujudan Syurga dan Neraka.
6. Mengamalkan solat secara niat/ Mengamalkan solat tanpa rukun qauli (perkataan) dan fi’li ( Perbuatan )
7. Menganggap Haji Muhammad Matahari bersifat maksum.


HOME<   NEXT>