Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

laman web ini dibangunkan oleh ustaz md zuki bin hashim, institut perguruan sultan abdul halim, sungai petani,kedah, malaysia.


MD ZUKI BIN HASIM,
MSc.( Management ), UUM, BIS ( Hons.), UKM

RINGKASAN EKSEKUTIF BUKU:
MENGURUS ACARA RASMI SEKOLAH


PRAKATA


Pengalaman penglibatan secara langsung dalam pengurusan acara rasmi di sekolah adalah faktor sebenar yang telah menecetuskan idea untuk menghasilkan penulisan ini. Matlamat utama penulisaan ini ialah untuk meningkatkan mutu pengurusan acara-acara tetap tahunan di sekolah. Hasrat menulis buku ini juga bangkit daripada keikhlasan membantu rakan-rakan yang terlibat mengurus acara-acara ini yang sekian lama tercari-cari sumber rujukan yang berfokus.

Penulisan buku ini berasaskan maklumat utama yang diperolehi penulis sepanjang mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia. Asas kedua ialah pengalaman penulis sendriri yang terlibat secara langsung mengurus acara-acara ini sejak mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Asas seterusnya ialah kemahiran mengurus yang ditimba sepanjang berkecimpung sebagai aktivis persatuan semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). UKM telah menyediakan segala kemudahan dan bimbingan serta memberikan peluang memantapkan kemahiran mengurus organisasi.

Penulisan buku ini disusun dan diatur menggunakan pendekatan daripada umum kepada khusus dengan dimulai oleh konsep pengurusan secara am. Pendekatan ini dilakukan dengan harapan semua pihak yang terlibat dengan projek ini akan mendapat gambaran mengenai pengurusan secara menyeluruh. Ini akan memudahkan mereka memahami bab-bab seterusnya yang akan dibincangkan secara terperinci. Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ktiiviti pengurusan projek. Elemen-elemen pengurusan am diserapkan dalam aktiviti pengurusan projek secara tidak langsung.

Ulasan selanjutnya ialah berkaitan pengrusan projek Hari Kokurikulum Pendidikan Islam. Penulis memberikan penekanan yang lebih kepada projek ini memandangkan masih belum terdapat buku yang dihasilkan berkaitan projek berkenaan. Namun begitu projek-projek lain boleh memanfaatkannya secara bebas. Ulasan ini kemudiannya diikuti dengan bab-bab khusus untuk acara Hari Ucapan dan Mesuarat Agung PIBG. Kedua-duanya merupakan acara rasmi yang wajib dilaksanakanoleh pihak sekolah setiap tahun. Namun begitu tidak banyak buku yang menumpukan kepada dua majlis utama ini.

Penulis tidak memasukkan bab berkaitan pengurusan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan kerana sudah terlalu banyak buku yang menjelaskannya di pasaran. Acara-acara lain seperti Sambutan Perayaan Hari Guru dan Sambutan Kemerdekaan juga boleh memanfaatkan bab-bab yang terdapat dalam buku ini secara tidaklangsung.

Gambaran penyusunan bab-bab dalam buku ini adalah seperti dalam rajah berikut:
Konsep Pengurusan
Pengurusan Projek
Deskripsi Tugas Jawatankuasa Induk
Pengurusan Projek Hari Kokurikulum Pendidikan Islam
Pengurusan Mesyuarat Agung PIBG
Pengurusan Hari Ucapan & Anugerah

Kumpulan sasaran utama buku ini ialah semua guru yang sering terlibat secara langsung dengan acara-acara ini. Kumpulan sasaran umum ialah semua pihak yang berminat dengan ilmu pengurusan dan kemahiran mengurus. Kumpulan sasaran yang luas ini memungkinkan buku ini menjadi rujukan am pelbagai pihak. Pihak sekolah wajar memilki buku ini sebagai bahan sokongan untuk membangunkan kemahiran mengurus di kalangan guru mereka. Begitu juga dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ).

Akhir sekali adalah diharapkan usaha yang sekecil ini dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat dan para pengurus. Segala kecacatan yang ternyata dalam buku ini tidaklah dijadikan bahan kejian sebaliknya perbetulkannya melalui saluran yang tersedia. Penulis sangat berbesar hati dan dengan sukacitanya mengalu-alukan sumbangan buah fikiran untuk penambahbaikan buku ini. Salurkan maklumat kepada tadsuki@tm.net.my.

Sekian, wassalam.

MD ZUKI BIN HASHIM MSc. ( Management ), UUM, BIS ( Hons.), UKM

ISI KANDUNGAN

Penghargaan
Isi Kandungan
Prakata
Konsep Pengurusan
Perancangan
Pengelolaan
Penstafan
Pengarahan
Pengawalan
Komunikasi
Pengurusan Projek
Deskripsi Jawatankuasa Induk
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Pengurus Projek
Bendahari
Jawatankuasa Kawalan Mutu
Jawatankuasa Hadiah dan Sijil
Jawatankuasa Jamuan
Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Keraian
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kawalan
Jawatankuasa Teknik Alatan dan Siaraya
Jawatankuasa Pertandingan dan Keputusan
Jawatankuasa Pendaftaran dan Pengelola Peserta
Jawatankuasa Buku Program dan Dokumentasi
Jawatankuasa Komunikasi dan Seranta
Jawatankuasa Teknik Pegawai
Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Dekorasi
Jawatankuasa Urus Setia
Pengurusan Projek Hari Kokurikulum Pendidikan Islam
Pengurusan Projek Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam
Deskripsi Tugas Pegawai Pertandingan
Pengerusi Jemaah Hakim
Ketua Hakim
Hakim
Penjaga Masa
Juru Kira
Pembantu Pertandingan
Pengacara
Pengelola Pertandingan
Pengerusi Pengelola Zon
Pengurusan Projek Mesyuarat Agung PIBG
Fasa Konsepsi dan Praperancangan
Fasa Perancangan
Fasa Pelaksanaan
Fasa Penamatan
Perlembagaan PIBG
Pengurusan Projek Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah
Fasa Konsepsi
Fasa Perancangan
Fasa Pelaksanaan
Fasa Penamatan
Kertas Cadangan Hari Anugerah Kecemerlangan
Penutup
Rujukan
Biodata Penulis



NANTIKAN KELUARAN BUKU INI DAN DAPATKANNYA DARIPADA PTS SB ATAU KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA.


HOME<   NEXT>