Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

laman web ini dibangunkan oleh ustaz md zuki bin hashim smk parit panjang, baling, kedah, malaysia

ADAB BERMUSAFIR

Objektif

1. Menerangkan hukum bermusafir.
2. Menghuraikan adab-adab bermusafir.
3. Menjelaskan sebab-sebab perlu beradab ketika bermusafir.

Huraian


Hukum bermusafir.

Hukum        Tujuan
Wajib        Menunaikan ibadat wajib seperti haji atau umrah di Mekah
Sunat        Menziarah tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa atau untuk melakukan amalan sunat seperti ziarah sanak saudara.
Harus        Tujuan baik yang diharuskan oleh Syarak.
Makruh        Musafir tanpa sebarang tujuan yang diharuskan oleh Syarak.
Haram        Mengunjungi tempat yang diharamkan oleh Syarak seperti tempat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat.

Adab-adab bermusafir.

1. Berdoa kepada Allah/ Meminta petunjuk daripada Allah/ Memndapatkan nasihat daripada orang berpengalaman sebelum memulakan perjalanan.
2. Menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, makanan, pakaian dan peralatan.
3. Melantik seorang ketua jika bermusafir dalam kumpulan.
4. Mengucapkan selamat tinggal/ Memaklumkan keberangkatan/ Memaklumkan tempat yang dituju kepada mereka yang ditinggalkan.
5. Melakukan solat sunat dua rakaat/ Baca doa-doa khas seperti doa menaiki kenderaan.
6. Melaksanakan rukhsoh yang diberikan oleh Allah/ Melakukan solat secara jamak/ Melakukan solat secara qasar.
7. Menjaga alam sekitar/ Buang sampah di tempat yang disediakan/ Buang air kecil dan air besar di tempat yang sesuai/ Jaga kebersiahan alam sekitar.

Sebab-sebab perlu beradab ketika bermusafir.

1. Perjalanan mendapat rahmat Allah/ Diberkati/ Dilindungi Allah/ Selamat pergi dan balik/ Merasai kasih saying Allah/ Merasa diri dekat kepada Allah/ Elak abai tanggungjawab kepada Allah/ Sentiasa ingat kepada Allah.
2. Latih kepemimpinan/ Penyelesaian pertelingkahan oleh ketua lebih diterima/ Latih patuhi ketua/ Pertelingkahan dapat diselesai segera dan tidak berpanjangan.
3. Elak kerosakan alam sekitar/ Jaga kebersiahan alam/ Jamin keindahan alam.
4. Tingkat pengurusan diri/ Tingkat budaya merancang dengan teliti/ Elak kesulitan dalam perjalanan
5. Erat hubungan silaturrahim/ Orang yang ditinggalkan tidak bimbang/ Reda dengan pemergian/ Mudah dihubungi jika berlaku kecemasan.

ADAB BERNEGARA

Objektif
1. Menerangkan maksud Negara
2. Menerangkan adab-adab bernegara.
3. Menghuraikan faedah menjada adab bernegara

Huraian

Maksud Negara
Negara adalah sebuah kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu dan diperintah oleh kerajaan tertentu dengan undang-undang tertentu.

Adab-adab bernegara

1. Menjaga nama baik Negara/ Berusaha mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat antarabangsa/ Elak memburukkan nama negara
2. Cintakan Negara/ Mempertahankan negara daripada ancaman musuh/ Berusaha memajukan Negara/ Meningkatkan semangat petriotik
3. Memelihara keamanan/ Menghindari permusuhan
4. Berbakti kepada Negara/ Sanggup berkorban harta, masa dan tenaga untuk negara

Faedah menjaga adab bernegara

1. Menjamin keamanan dalam Negara/ Mengukuhkan perpaduan/ Kestabilan politik
2. Negara bertambah maju/ Negara terus membangun/ Meningkatkan enonomi Negara/ Menarik pelaburan luar
3. Meningkat reputasi Negara di peringkat dunia/ Mengharumkan nama Negara/ Negara menjadi terkenal/
4. Negara selamat dari ancaman musuh/ Kedaulatan Negara terjamin/ Negara akan disegani oleh kawan dan lawan.

ADAB DENGAN PEMIMPIN

Objektif
1. Menerangkan konsep kepemimpinan
2. Menghuraikan adab terhadap pemimpin
3. Merumuskan kesan tidak taat kepada pemimpin

Huraian

Konsep kepemimpinan

Pemimpin ialah orang yang dipertanggungjawabkan mengetuai sesebuah kumpulan atau organisasi.

Tanggungjawab pemimpin

1. Menjaga agama/ Mentadbir ikut Syariat Allah
2. Berlaku adil
3. Menyediakan keperluan asas/ Sedia makanan secukupnya/ Sedia tempat tinggal/ Sedia peluang pekerjaan/ Sedia kemudahan pendidikan.

Adab terhadap pemimpin

1. Mentaati pemimpin/ Taat selagi tidak menyuruh melakukan maksiat/ Patuh kepada perkara disukai atau tidak.
2. Membantu pemimpin/ Berusaha mencapai wawasan Negara
3. Memberi sokongan padu
4. Menasihati pemimpin dengan cara baik/ Tegur pemimpin melalui saluran yang terbaik

Kesan tidak taat kepada pemimpin

1. Pemimpin tidak dapat menjalankan tugas dengan lancer.
2. Musuh akan mengambil kesempatan melemahkan ekonomi Negara.
3. Pentadbiran Negara terjejas.
4. Negara akan huru hara/ Negara tidak aman

ADAB BERJIHAD

Objektif

1. Memahami pengertian jihad.
2. Menerangkana kelebihan orang yang berjihad di jalan Allah.
3. Menjelaskan peringkat jihad.
4. Menjelaskan adab-adab berjihad.
5. Menghuraikan cara melahirkan semangat jihad.

Huraian

Maksud jihad.


1. Dari segi bahasa bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh menggunakan keupayaan yang ada.
2. Dari istilah bermaksud usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan segala kemampuan yang ada untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredhaan Allah.

Contoh jihad.


1. Jihad menegakkan Islam dengan hartaa dan nyawa.
2. Jihad dalampeperangan di jalan Allah.
3. Jihad meningkatkan prestasi pendidikaan.
4. Jihad membangunkan Negara.
5. Jihad menggiatkan aktiviti ekonomi.

Kelebihan orang yang berjihad di jalan Allah.

1. Memperolehi darjat yang lebih tinggi/ mati syahid/ Dimuliakan Allah
2. Mendapat balasan Syurga/ Mendapat balasan nikmat di Akhirat
3. Memperolehi pahala yang besar
4. Hidup sentiasa dirahmati Allah/ hidup diberkati Allah

Peringkat jihad.

1. Jihat memperbaiki diri
Terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
1. Mempelajari Islam.
2. Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian.
3. Menyebarkan ilmu.
4. Sabar dan ikhlas dalammenyebarkan Islam.

2. Jihad melawan Syaitan
Terbahagi kepada dua bahagian:
1. Melawan atau menghapuskan waswas dalam diri.
2. Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan melakukan maksiat.
3. Jihad melawan kafir harbi dan golongan munafiq dengan haati lidah, haarta dan nyawa.
4. Jihad menghapus kezaliman dan kemungkaran.

Adab-adab berjihad.

1. Ikhlas/ Niat semata-mata untuk dapat keredhaan Allah/ Mementingkan agama melebihi kepentingan peribadi.
2. Sanggup berkorban apa sahaja/ Sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan nayawa.
3. Istiqamah dengan perjuangan/ konsisten tinggi
4. Menjaga adab-adab peperangan/ Tidak membunuh orang tua, kanak dan wanita/ Tidak merosakkan alam sekitar/ Tidak menginaya binatang
5. Mematuhi arahan ketua/ Ikut peraturan atau prosedur.
6. Mempunyai semangat berpasukan yang tinggi/ Tidak mementingkan diri sendiri/ Berjihad secara berjamaah.
7. Iltizam dalam perjuangan/ berdisiplin/ Komitmen yang tinggi/

Cara melahirkan semangat jihad.

1. Memahami tuntutan berjihad/ Menuntut ilmu khusus mengenai kelebihan berjihad.
2. Menghayati kesah perjuangan pejuang-perjuang terdahulu.
3. Tidak leka dengan kesenangan dunia.
4. Melazimi ibadat-ibadat sunat/ Amalkan qiamullail.
5. Sentiasa membaca al-Quran/ Memahami maksud al-Quran.
6. Berdoa kepada Allah supaya menguatkan semangat dan jatidiri.
7. Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
8. Muhasabah diri
9. Bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

ADAB MEMELIHARA ALAM

Objektif
1. Memahami kepentingan memelihara alam.
2. Menjelaskan punca berlaku pencemaran alam.
3. Menghuraikan langkah-langkah mengatasi kerosakan alam.

Huraian

Memahami kepentingan memelihara alam.
1. Alam sekitar merupakan sumber menghayati keagongan Allah.
2. Alam merupakan sumber makanan dan minuman, tenaga serta perhubungan.
3. Manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah Allah/ Laksana amanah daripada Allah.

Menjelaskan punca berlaku pencemaran alam.

1. Pencemaran udara iaitu kedapatan gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Punca-puncanya:
1. Bertambah bilangan kenderaan bermotor/ Banyak kereta dan motosikal.
2. Asap daripada kilang-kilang.
3. Pembakaran terbuka.
4. Asap rokok yang mengandungi karbon dioksida.

2. Pencemaran air iaitu perubahan yang berlaku kepada kandungan, keadaan dan warna air sehingga tidak sesuai untuk digunakan dan mendatangkan kemudharatan kepada penggunanya. Punca-puncanya:
1. Pembuangan sisa toksid oleh kilang-kilang ke dalam sungai.
2. Pembuangan sampah, minyak dan najis ke dalam sumber air.
3. Penerokaan hutan yang menyebabkan hakisan yang mengotorkan.

3. Pencemaran tanah iaitu Tindakan yang dilakukan ke atas sesuatu kawasan sehingga menyebabkan berlaku perubahan warna, kesuburan dan hakisan. Punca-puncanya:
1. Pembuangan sisa perkilangan tidak di tempat yang dikhaskan.
2. Pembuangan sampah di marata-rata tempat.
3. Penggunaan racun serangga dan racun pokok yang berlebihan.

4. Pencemaran bunyi iaitu kebisingan yang keterlaluan sehingga menjejaskan pendengaran dan merosakkan lapisan ozon. Punca-puncanya:
1. Bunyi kenderaan bermotor.
2. Bunyi kilang.
3. Kuari yang mengeluarkan bunyi pemecah batu.
4. Kerja-kerja pembinaan bangunan.

5. Faktor manusia yang telah merosakkan alam sekitar.
1. Sikap tamak.
2. Mementingkan keuntungan semata-mata.
3. Tiada kesedaran pentingnya memelihara alam sekitar.
4. Sikap ambil mudah.

Kebaikan menjaga alam sekitar.
1. Persekitaran akan bersih.
2. Mencantikkan pemandangan.
3. Meningkatkan kesihatan penduduk.

Langkah-langkah mengatasi kerosakan alam.

1. Memberikan kesedaran pentingnya memelihara alam sekitar/ Melaksanakan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum sekolah/
2. Menyediakan kemudahan secukupnya/ Sedia tong sampah/ Sedia tempat pelupusan sampah dan sisa toksid.
3. Mengadakan kempen kebersihan alam sekitar/ Mengadakan gotong royong memebrsih kawasan/ Kempen kitar semula/ Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum.
4. Menguatkuasakan undang-undang dngan lebih tegas/ Menghukum perosak alam sekitar/ Menangkap perosak alam sekitar/ Memenjarakan mereka/ Menambah bilangan penguatkuasa.

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Objektif:
1. Memahami pengertian hadiah dan sedekah.
2. Mengetahui galakan memberi hadiah dan sedekah.
3. Menjelaskan kelebihan memberi hadiah dan sedekah.
4. Menerangkan jenis-jenis haadiah dan sedekah.
5. Menyenaraikan adab-aadab memberi hadiah dan sedekah.

Huraian

Maksud hadiah dan sedekah.

1. Sedekah bermaksud pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
2. Hadiah bermaksud pemberian sebagai satu pnghargaan, tanda kasih saying dan pujian.

Galakan memberi hadiah dan sedekah.

1. Allah menggalakkan kita bersedekah daripada rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.
2. Hukum bersedekah adalah sunat.
3. Allah akan melimpahkan rezeki di atas harta yang berkurangan itu.
4. Rasulullah SAW menggalakkan kita memberi hadiah.
5. Hadiah boleh meningkatkan ikatan persaudaraan.
6. Rasulullah menengaskan bahawa orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.

Kelebihan memberi hadiah dan sedekah.

1. Mendapat ganjaran Allah./ Dapat pahala./ Disukai Allah.
2. Disukai oleh manusia./ Disanjungi./ Disayangi./ Dikasihi manusia.
3. Rezeki akan bertambah./ Rezeki diberkati./ Murah rezeki.

Jenis-jenis haadiah dan sedekah.

1. Senyuman.
2. Amar makruf dan nahi mungkar.
3. Menunjukkan jalan kepada orang tersesat./ Membantu menyelesaikan masalah orang lain./ Memberikan nasihat./ Memberi bimbingan dan kaunseling.
4. Membuang halangan di jalan/ Membantu saudara seagama yang kesempitan./ Membantu mangsa bencana alam./ Menderma kepada mangsa bencana alam.
5. Wang atau harta./ Sedekah jariah.
6. Perkhidmatan./ Memberi bantuan tenaga./ Merawat mangsa kemalangan atau bencana.
7. Percakapan yang baik./ Berbudi bahasa.

Adab-adab memberi hadiah dan sedekah.

1. Ikhlas/ Tidak mengharapkan balasan sesama manusia.
2. Menghadiahkan barang yang disayangi.
3. Tidak mengungkit pemberian.

ADAB BERNIAGA

Objektif

1. Memahami galakan berniaga.
2. Meenjelaskana adab berniaga.
3. Menerangkan faedah beradab ketika berniaga.

Huraian

Maksud berniaga.

1. Dari segi bahasa, berniaga ialah berdagang atau berjual beli.
2. Dari segi istilah berniaga bermaksud pertukaran harta bernilai dengan harta bernilai yang lain berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Galakan berniaga.

1. Rasulullah pernah menjadi wakil peniaga Siti Khadijah sebelum dilantik menjadi rasul.
2. Rasulullah menegaskan bahawa 1/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan.
3. Ramai sahabat Rasulullah terdiri dari kalangan peniaga seperti Abd Rahman Bin Auf dan Saidina Abu Bakar.
4. Galakan oleh Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-Baqarah: ayat 275.

Adab berniaga.

1. Amanah/ Penjual dan pembeli mesti jujur/ Tidak menipu dalam perniagaan
2. Ihsan/ Penjual tidak mengutamakan keuntungan semata-mata/ Berniaga dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah
3. Kerjasama/ Bertolak ansur antara penjual dan pembeli jika berlaku kekeliruan
4. Tekun/ Berniaga dengan bersungguh-sungguh hingga maju
5. Jauhi perkara haram/ Tidak mengamalkan riba/ Tidak menipu timbangan/ Tidak menipu nilai barangan/ Menjual barangan haram/ Jual arak
6. Lindungi hak penjual dan pembeli/ beri peluang secukupnya untuk pembeli membuat pilihan/ Beri peluang pembeli buat tawaran harga
7. Bersikap mesra/ bermanis muka/ sentiasa senyum/ Memberi penerangan yang jelas mengenai barangan/ Berfikiran terbuka mengenai sikap pembeli/ Tidak berdendam dengan pembeli yang tidak meneruskan pembelian

Jenis penipuan dalam perniagaan

1. Mengurangkan timbangan/ ubahsuai alat penimbang
2. Meletakkan barangan tidak elok di bahagian bawah/ Menjual barangan tidak berkualiti dengan harga tidak berpatutan.
3. Menghantar barangan yang tidak menenpati spesifikasi dalam kontrak.
4. Mengenakan harga yang tidak berpatutan dengan kualiti barangan.

Faedah beradab ketika berniaga.

1. Menjadi tumpuan pelanggan/ peniagaan maju/ pembeli bertambah dan keuntungan meningkat/ Jualan habis dan tiada kerugian yang ditanggung
2. Meningkatkan kekuatan ekonomi
3. Dihormati oleh pesaing dan pembeli/ disayangi masyarakat/ Erat silaturrahim/ Kukuh perpaduan
4. Memperolehi pahala kerana mengamalkan sunnah/ hidup diberkati Allah/ sentiasa dirahmati Allah

Cara memperolehi keberkatan dalam berniaga

1. Membayar zakat perniagaan.
2. Memberikan sumbangan untuk kebaikan agama/ Melakukan sedekah jariah
3. Jujur/ amanah sepanjang masa berniaga.

HOME<   NEXT>